Majlis Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 5 februari 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Tembangau. Majlis ini telah dirasmikan oleh ACP Kamarulnizam bin Alias daripada IPD Bera. Beliau bukan sahaja sebagai perasmi majlis tetapi sekaligus menyampaikan ceramah bahaya dadah bersempena Kempen Anti Dadah peringkat sekolah. Seramai 32 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan 46 Pengawas Sekolah telah dilantik secara rasmi dalam majlis ini. majlis turut diserikan lagi oleh persembahan daripada pengawas dan pengawas pusat sumber. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dilantik. Semoga pelajar ini dapat menjalankan amanah yang dipikul.
Tambah kapsyen |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan