Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 diadakan pada 2 Januari 2010 bagi membolehkan pelajar mengetahui peraturan-peraturan pusat sumber sekolah serta aktiviti-aktivi yang dijalankan sepanjang tahun 2010. Pelajar juga dapat mengetahui fungsi pusat sumber sebagai tempat untuk mencari rujukan dan tempat yang paling sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Minggu Jalinan Mesra ini bukan sahaja melibatkan pusat sumber sekolah tetapi melibatkan unit-unit lain seperti Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Matapelajaran dan lain-lain. Diharapkan para pelajar dapat membiasakan diri mereka di tempat baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan