Khamis, 26 Ogos 2010

Lawatan sambil belajar ke UMP Gambang, Pangkalan TLDM Kuantan

Pada 20 Mac 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke UMP Gambang serta Pangkalan TLDM Kuantan. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 SMK Tembangau. Pelajar telah dibawa ke Karnival Jom Masuk U; antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat kepada pelajar berkaitan kelayakan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pelajar akan lebih jelas dengan matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai. Selepas itu pelajar dibawa melawat ke Pangkalan TLDM; salah satu kerjaya yang wujud di Malaysia. Sepanjang lawatan, pelajar telah diberi taklimat mengenai kelayakan yang diperlukan untuk menjadi anggota TLDM. 





Rabu, 25 Ogos 2010

Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Majlis Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 5 februari 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Tembangau. Majlis ini telah dirasmikan oleh ACP Kamarulnizam bin Alias daripada IPD Bera. Beliau bukan sahaja sebagai perasmi majlis tetapi sekaligus menyampaikan ceramah bahaya dadah bersempena Kempen Anti Dadah peringkat sekolah. Seramai 32 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan 46 Pengawas Sekolah telah dilantik secara rasmi dalam majlis ini. majlis turut diserikan lagi oleh persembahan daripada pengawas dan pengawas pusat sumber. Tahniah diucapkan  kepada mereka yang telah dilantik. Semoga pelajar ini dapat menjalankan amanah yang dipikul.

Tambah kapsyen
                                                                                     

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 diadakan pada 2 Januari 2010 bagi membolehkan pelajar mengetahui peraturan-peraturan pusat sumber sekolah serta aktiviti-aktivi yang dijalankan sepanjang tahun 2010. Pelajar juga dapat mengetahui fungsi pusat sumber sebagai tempat untuk mencari rujukan dan tempat yang paling sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Minggu Jalinan Mesra ini bukan sahaja melibatkan pusat sumber sekolah tetapi melibatkan unit-unit lain seperti Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Matapelajaran dan lain-lain. Diharapkan para pelajar dapat membiasakan diri mereka di tempat baru.